Wednesday 17 October 2012

CUACA HARI INI


Hari ini saya ada terbitkan bahan untuk dikongsi bersama. 
untuk aktiviti pengukuhan saya sertakan dengan lembaran kerjanya sekali. 
Terima Kasih. Jom.................











Tuesday 16 October 2012

1, 2, 3 SAYANG SEMUANYA.......


Melihat sahaja pada tajuk halaman ini telah mengambarkan nombor. 
Mengenal nombor sambil diselikan lagu-lagu serta untur-unsur 
mengenali diri. mari kita lihat..........


Thursday 11 October 2012

WEATHEAR SONG




Selain daripada menyanyi lagu ini juga menerangkan jenis-jenis cuaca
 dengan mudah sambil dibantu dengan    gambar dan aksi. 


Wednesday 10 October 2012

OPERASI TOLAK



Lagu 10 budak hitam ini menunjukkan gambar dan keadaan sebenar operasi tolak. sangan mudah untuk murid-murid prasekolah memahami situasi yang berlaku sambil melihat video. 



Tuesday 9 October 2012

TANYA SAMA POKOK


Mengajar  murid-murid prasekolah kena sentiasa santai dah berhibur. 
Secara tidak langsung ianya mengajar untuk belajar secara berhibur. 
Di sini ada lagu yang sangat
 popular untuk dikongsi bersama.



Lawatan ke Cameron Higlands

Memberi pendedahan kepada kanak-kanak Prasekolah mengenai aktiviti pertanian yang dijalankan di Cameron Higlands.

Tuesday 2 October 2012

Lagu yang membawa seribu kenangan......

OBJEKTIF KSPK


Kurikulum Prasekolah  Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid berumur 4-6 untuk mencapai objektif berikut:

Jasmani:
Mempunyai tubuh badan yang sihat
Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas
Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik
Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan
Menguasai kemahiran psikomotor asaskemahiran motor halus dan motor kasar

Emosi:
Mempunyai konsep kendiri yang positif
Mempunyai keyakinan diri
Mempunyai jati diri
Berani mencuba
Mempunyai kematangan emosi
Menghormati perasaan dan hak orang lain
Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan  

Rohani:
Mengamalkan nilai murni
Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan 
seharian untuk murid beragama Islam.


Intelek:
Berkomunikasi dengan baik (membaca
menulis dan bertuturmenggunakan bahasa 
Malaysia

Berkomunikasi dengan menggunakan 
bahasa Inggeris

Berkomunikasi dengan baik menggunakan 
bahasa Cina (untuk yang berkenaan)

Berkomunikasi dengan baik menggunakan 
bahasa Tamil    (untuk yang berkenaan)

Memperolehi kemahiran proses sains asas

Memperolehi kemahiran matematik asas

Memperolehi kemahiran berfikir asas, 
kemahiran menaakul

Memperolehi kemahiran asas dalam 
menyelesaikan masalah dalam kehidupan 
seharian murid

Mempunyai daya kreatif dan estetika

Menghargai keindahan alam dan warisan 
budaya

Sosial:

Berkebolehan berkomunikasi yang 
mantap.

Membentuk perhubungan yang positif 
dengan orang dewasa dan rakan 
sebaya.

Menyuarakan pandangan dan perasaan.

Bekerjasama dengan orang lain.





Monday 1 October 2012

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Matlamat dan Objektif Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010


Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.