Matlamat dan Objektif Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010
Pendidikan
prasekolah bertujuan memperkembangkan
potensi kanak-kanak berumur empat hingga
enam tahun secara menyeluruh
dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial melalui persekitaran
pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan,
kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam
keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada
diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia
untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.
No comments:
Post a Comment